PostPost AG

Bismillah...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Haila haila, haritu ada manusia bising kat group kata tak tahu pasal kewujudan blog AG ni. Halamakk. Tak mengikuti post kat FB lattew. hehehe. Allahu, dah dua tahun jugaklah tak update kan? Hm.

Cerita dia cemni, aku terlupa e-mail AG sebenarnya. MUAHAHAHAHAHAHA. so, sorry hehehe.

Okay,
KAMI DAH HABIS SPM!
YAYYY
dah ambil result dah punn.
HAHAHAHAHA. jangan tanya.

ALHAMDULILLAH,
sebahagian daripada kami dah selamat sambung study ke kolej. Sebahagian besar masih mereput. hekhekhek. Aku pun mereput dan menggemuk hehehehe. Setakat ni, keputusan matrikulasi dah keluar. Universiti Kuala Lumpur pun. Oh ya, Kolej Professional MARA jugak. dan apa lagi agaknya ya? hikhikhik. Sebahagian besar nampaknya dapat matrikulasi :)
  • Pulau Pinang
  • Melaka
  • Pahang
  • Negeri Sembilan
  • Selangor

Tu jela yang aku tahu.
Well, Aku takde idea ni sebenarnya. Gambar pun takde. Hm Hm Hm. Okay macamni laa, lain kali aku datang dengan topik yang sedikit menarik,mungkin. Post ni sekadar membuktikan blog AG masih bernyawa, hehehehe. Okaylaaa.
Fi Hifzillah!
babai

21 April 2015 || 12:23pm
-ADMIN_-

AG sentiasa CERIA :D

Tentang KITA :')

Bersempena dengan anniversary Batch 10-12 di MRSM KUala Klawang.......


Secara jujur, Aku SangatSangat rindukan Al-Ghazali sesi 2010-2012. Everything about ALZA! Betul kata orang, apabila kita kehilangan sesuatu, baru kita sedar betapa beruntungnya kita, betapa BESTnya segala itu. Aku rindukan AG yang penuh gelak tawa, keceriaan, kegembiraan, gurau senda, ejek-mengejek, semuanya!

Aku akui, starting kita takberapa nak baik. Masa kita form 1, kita selalu gaduh pasal homeroom. hahaha, Md Jefri vs. Rahmalia. Gejala memulaukan antara sama lain sangat berleluasa masa tu. Dengan prasangka yg melampau, pergh!! memang tingkatan satu kita langsung takrapat lah.

Naik form 2, pergaduhan antara homeroom takteruk sangat dah. Tapi, pergaduhan antara jantina sangat teruk. Aku ingat lagi, meja aku sampai terbalik dikerjakan. Cermin Emon sampai pecah kena campak. Setahun aku takbercakap dengan Syafiq. Nabila asyik bergaduh 24/7 dengan budak lelaki. Semua pun nak emo. Ada je yg takkena. tapi, kita tetap bersatu kalau ada benda yg perlukan kerjasama.

Tapi, alhamdulillah. Naik form 3 kita dah okay sikit. AwalAwal tahun tu, masih ada kedinginan. Tapi sampailah tarikh 23 Mac 2012, Taqi dan pelajar lelaki lain buat rollcall kelas. Nak berbaik semula, taknak gaduhgaduh lagi. Serius, kitorang (pelajar perempuan) sangatsangatlah terkejut time tu. Taksangka sangat! Lepas perjumpaan, kita pun start okay.

Kita selalu kumpul ramairamai kat tengahtengah kelas, lepastu berborak samasama. Share cerita. Bila cerita seram, semua senyap, bila dah gelak, kecoh satu kelas. Kalau beli apeape kat koop, mesti share ramairamai. keberkatan banyak kan? :) Budak perempuan selalu lepak depan, tengah kelas, lelaki pulak belakang kelas.

Ingat tak, masa PMR, kita main takraw sepak? Hahaha, dah nak PMR, tapi sempat lagi mainmain. Pelajar perempuan selalu habis je morning call lari masuk kelas, lepastu kunci pintu. tak kasi Bo atau Emon masuk. kurung kat luar xD Tiap kali birthday, mesti sambut ramairamai. lepastu kenakan! Hahaha!

Masa Ms Erma bekerjasama kenakan Aten. Seram gilaa xD Rajes terkena dengan Ustaz Shah, Amani dengan Cikgu Ain. Bo? Ketua LDP xD

Aku selalu suruh Kamal jagakan dompet aku. Selalu mintakkan nasihat Mail :) Nanti takpaham apeape, rujuk Bo atau Naidu xD Selalu sakat Nabila and Emon. hahaha

Sekarang?

Nak jumpa pun jarang. kalau jumpa, senyumsenyum je. Nak tegur, kadangkadang takut. Mana ada masa nak lepaklepak as an ALZA, semua sibuk. Nak buat macam dulu, pun dah rasa taksama :'( Kadangkadang bila terserempak, dapat tata je :'(

Semua yg kita biasa buat, jadi pelik dan aneh bila buat sekarang. Sebab, semua dah dengan classmate baru, dengan kawan baru. Nak jalan samasama, lepak samasama, dah susah. Selalu je sibuk, Takde masa. Almaklumlah, dah upper form.

Aku dah jarang jumpa Iwan D: Even aku still classmate dengan Am & Acul, mana ada bertegur sangat macam dulu. Classmate pun takmacam classmate. Aku dah takboleh nak mintak Kamal jagakan dompet aku lagi. Aku dah takboleh nak mengadu kat Mail lagi. Aku dah takboleh nak peluk Bo lagi, Aku dah takboleh nak belajar dengan Naidu lagi. Aku rindu nak lepak dengan korang! Aku rindu nak gelak dengan korang! Aku rindu nak jadi gila dengan korang!

Aku takboleh nak ikut nasihat Mail, jangan nangisnangis lagi. Sedih bila kenangkan kat classmate lama. Bila tengok budak lelaki kelas aku yg sekarang, aku teringat kat kita dulu. Bila korang buat bulatan, mesti akan ada budak perempuan yg join borak. lepastu, Korang pun akan story, dari satu cerita ke satu cerita yg lain. Korang takkesah pun nak cerita. Semua korang share.

Nanti adalah sesisesi mengejek. Helikopter lah, Tadika lah, badak lah, anjing lah. macammacam. Korang ingat masa habis PMR, ada kejadian JANGAN JADI ANJING tu? Taksangka korang caring gak enn? Offer diri kemaskan kelas. Aku terharu sangat masatu, bila Am cakap,
"Korang budak perempuan takyah buat kerja. Biar kitorang yg buat."
Aku terharu sebab korang caring dengan apa yg kitorang rasa, perasaan kitorang. Serius, aku bersyukur sangat dapat classmate lelaki macam korang! :D

Masa PMR, budak lelaki rollcall aku. kononnya lah kann. xD Korang nak tahu, aku terharu sebab aku rasa disayangi. cehh, hahahaha xD Korang faham kitorang, Weh, aku rindu gila kat korang!

Mail, dah takde sape nak nasihat aku dah. Aku dah takboleh nak campak barang kat tempat kau. Aku nak kacau kau lagi D:
Kamal, siapa nak jagakan dompet aku? Aku jadi makin boros oh sekarang! -,- Kau lah, tinggal kan aku kat sini.
Naidu, kau kata nak ajar aku bio & addmath. Ni kau yg pergi. Kejam kau en. Ni, siapa nak ajar aku subjek killer ni. Kau pergi bukan nak bagitahu aku. Sedih aku, takdapat jumpa kau. :'(
Bo... Aku nak share cerita dengan siapa lagi lepasni? Aku nak peluk siapa lagi bila aku sedih? Aku nak nangis kat siapa lagi? Aku nak jerit nama siapa bila aku gembira? Bo, kenapa kau pergi? D":

Lepasni, kita dah takboleh nak selalu ejek antara satu sama lain. Dah takde namanama haiwan yg selalu diejek dalam kelas. No more anjingss. xD Serious talk, aku nak kembali ke AG yg lama. Aku tahu tu mustahil....

Guys, aku mohon satu je. apeape pun yg berlaku, please jangan leave group ALZA. Kita kan classmate sampai bilabila :') ALZA is FOREVER.  Kalau terserempak kat manamana, jangan lah sombong. Malu nak tata, senyum pun jadilah :') Takbercakap pun, ingatlah AG selalu. Memori ni, sentiasa segar kat ingatan aku. dan aku harap benda yg sama kat korang...

AG, I miss you guys so much! No words can describe how I'm feeling right now. Please guys, Don't forget each other :(

I hope, one day. AG dapat berkumpul balik macam dulu..

AG, terima kasih sudi menyerikan 3tahun aku kat KuKla. Terima kasih jadi sebahagian memori terindah aku. Terima kasih jadi kawan aku. Terima kasih jadi keluarga aku. Aku sayang korang sangatsangat!

ApeApe pun yg terjadi, ALZA tetap satu keluarga. Dulu, Kini, Selamanya.

CrossHeart.

Salam SayangCintaKasih,
SofiaYuhanis xoxo

AG sentiasa CERIA :D

PKP~ Pindah~

PROGRAM KHAS PENDIDIKAN
SyaratSyarat kelayan ke MRSM PKP:
  • Mendapat keputusan sekurangkurangnya 8A di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Mendapat markah tertinggi di dalam Ujian Kelayakkan Kemasukan MRSM (UKKM)
MRSM PKP adalah seperti yg berikut
  • MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin (TGB)
  • MRSM Taiping, Perak
  • MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan (PC)
  • MRSM Kuantan, Pahang
  • MRSM Langkawi, Kedah
  • MRSM Pontian, Johor
PelajarPelajar AG 10-12 yang telah berjaya melanjutkan ke MRSM PKP adalah seramai 3 Orang. Tahniah diucapkan kepada mereka;

Nur Atiqah Farzana - TGB

Muhammad Kamal Syahmi - TGB

Ismail Naqiuddin - PC

Doa kami, semoga kalian berjaya di MRSM baru yg nyata lebih cemerlang. Jangan lupakan kami dan selamat maju jaya dalam kehidupan kalian. Rindu kalian :'(

Buat yg pindah ke MTD, iaitu Puvendrha Naidu, selamat maju jaya diucapkan. Sampai kita berjumpa lagi. Rindu Naidu :'(


SAYONARA, SAHABAT :'D

AG sentiasa CERIA :D

PMR~

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! :D
Dah lama admin tak update apeape. So harini admin ingat nak cerita sedikit sebanyak tentang result PMR
Secara keseluruhan, 14orang pelajar AG 10-12 telah berjaya mendapat Straight A *tepuktepuk* , 8orang sangkut satu *tepuktepuk* dan selebihnya 6A *tepuktepuk* . Sekalung tahniah diucapkan kepada


Rasul

Amani

Ain

Farah

Idham

Nabila

 Syafiq

Nadhirah

Sofia

Taqiuddin

Atiqah

Kamal

Naidu

Ismail

Buat pelajar lain, Don't Worry, kita masih ada SPM, PMR ni sekadar ujian sahaja. Upper Form ni, bilangan A untuk PMR sekadar dalam kertas. So, after this, kita berusaha samasama, untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM dan kehidupan yg seterusnya, insyaALLAH. Jadikan PMR ni sebagai dorongan dan pengajaran untuk kita terus maju kehadapan.
ApeApe pun, kita semua setaraf, semua sama, yg berbeza adalah cara usaha kita. Takdir dihujung usaha manusia. Andai kita berusaha sungguhsungguh, belajar rajinrajin, banyak buat latihan, tanya cikgu kalau takfaham, tak malasmalas, takmudah putus asa, insyaALLAH kejayaan tu sentiasa bersama kita.
so, GOOD LUCK GUYS! :D

AG sentiasa CERIA :D

Hai :')

Assalamualaikum Dan Selamat Malam KawanKawan :)

Korang sihat? HarapHarap sihat je disamping family tercinta :DD
Tadi, ana tengok chatbox,

(tatahu chatbox kat mana? Nampak tak kotak biru dikiri korang yang warna biru tulis chatbox uh? Nampak? hah, halakan si kenit tidur tu a.k.a mouse korang kat situ, nanti keluarlah chatbox nyaa)

Kenangan kan AG sekarang? Ana just nak korang tahu, apapun yang terjadi, kite tetap kawan sampai bilabila. AG FOREVER kan?

Apaapa boleh share kat group. Ada cadangan nak post apeape, bitau ana okay?
Ana harap sangatt, kita tetap jadi warga AG sampai bialbila.

ANA SAYANG KALIAN :')

byebye salam~

AG sentiasa CERIA :D

Kami Dan Graduasi

Salam wa Hye ;)

24 Oktober 2012
Dewan Semarak, MRSM Kuala Klawang
*last dayy

Seramai 128 orang pelajar dianugerahkan graduasi Kelas Pertama dan merupakan rekod. *tepuktepuk
65 orang pelajar dianugerahkan graduasi Kelas Kedua Atas dan hanya 5 orang dianugerahkan graduasi Kelas Dua Bawah.

sila lihat gambar AG didalam sepersalinan Jubah Graduasi Biru Mereka :)




 





 




















byebye salam~

AG sentiasa CERIA :D

Dragonica Emoticon Sleepy Drooling